Monday, November 21, 2011

cuti sekolah ! :D

Yeah! Hari ni, 22/11/11, hari Selasa. Sekarang pukul 2.49 a.m. .. Malas nak tido. Lagipun sekarang kan cuti. Bukan kene pegi sekolah pun. Takpe la kan tido lambat. Hehehe. Em , sepanjang 2 minggu terakhir aku kat asrama tahun ni, macam2 cerite ade. Tapi macam biase, banyak yang dah lupe. Hehe. Aku cerite yang aku ingat jela k. Start mase hari Ahad 6/11/2011 hari tu. Macam biase, rase malas sangat nak balik asrama. Tapi macam mane pun, kene balik jugak. Kalau tak silap, orang first yang aku jumpe mase tu Alif. Then, aku pun sembang2 la ngan die. Then, die kate budak2 fly balik hari ni. OMG .. Terkejut kot. Tak sangka 2 miggu dah berlalu. Mase kat surau, aku pun tengok la kat sekeliling. Hehe. Then, aku ternampak sorang ni. OMG! DOMO! Die dah balik! Memang betul la ape yang Alif cakap. Diorang dah balik. Dah la mase tu aku pakai baju yang same warne ngan baju DOMO. Hahaha. Ape2 pun, rindu kamu lah DOMO. Cewah. Hahaha. Hari Isnin, aku nampak die on the way turun sekolah time pagi2 tu. Start hari tu, semue bermule macam biase balik. Kat kelas nampak die, kat kantin nampak die, kat koop nampak die, kat DM nampak die. Haha. Cume kat surau je aku tak nampak die dah sebab aku tak tengok. Malas nak duduk kat situ dah. Nampak sangat la dok usha die. So, aku pun duduk la kat tempat lain. Tapi semakin hari aku semakin cuba melupakan die. #Ayat xbleh blah .. hahaha XD .. Sejak peristiwe depan ustaz hari tu, aku malas nak kacau die dah. Lagipun die tu . . . . . Malas nak cakap. Tapi memang nampak sangat la yang aku tak kacau die dah. Bile kawan aku cakap pasal aku n die, aku cepat2 tuka topik. Tak nak cakap pasal die dah. Mase anual dinner hari tu pun, mane ade aku tengok die. Tak nampak die langsung. Malas nak cari die. Takde kaitan pun. Kan ? Kan ? Hehehe. Hari Khamis hari tu lak, kelas 1 Jabar buat jamuan kelas. Makan KFC kat depan koop. Mase tu la cikgu bagi slip PAT. Aku dapat nombor 8 lagi. Tapi dalam batch dapat nombor 33. Agak meningkat la. Hehe. Lepas tu, ade cabutan bertuah. Cikgu panggil sorang2 ikut name untuk ambik kertas yang cikgu dah lipat2. Ade yang kosong n ade yang tulis "Tahniah!" . Then, mase semua orang dah dapat, aku pun bukak la kertas tu. "Tahniah!" ! Aku dapat cabutan bertuah tu! Hahaha! Dapat buku Angry Birds. Ade 3 orang yang dapat. Aku, Nabihah n Zahin. Nabihah dapat warne kuning. Aku n Zahin dapat warne hijau. Walaupun aku tak suke Angry Birds, terima kasih ye Cikgu Norbaini. Saye sangat menghargainye. Hehe. Hari Jumaat , last day sekolah pulak, waktu perhimpunan Cikgu Juliamira ade panggil beberape name student ni. Semalam (Khamis) kan ade interview untuk pengawas PSS, so name2 ni yang dapt jadi pengawas PSS tahun depan. Tibe2, cikgu sebut name aku! Terkejut gak. Aku dapat jadi pengawas PSS tahun depan. So, tahun depan aku pakai baju biru balik la. Haha. Seronok2. Then, lepas habis perhimpunan n lepas jumpe Cikgu Juliamira, aku pun tengok la dekat notice board kat depan koop. Kat situ ade name2 student untuk kelas tahun depan. Nama aku ade kat kelas 2 Razi. Yeah, memamg kelas tu yang aku nak. Hehe. Tehn, aku pun tengok la sape lagi yang dapat 2 Razi. Classmate tahun depan la katekan. Tengok2, ade pulak name DOMOCAMELOT ! Suke tak, tak suke pun tak. Tak tau la macam mane tahun depan. Satu kelas ngan die kot. Hmm, whatever. Tak penting pun la. Hehe. Then, balik sekolah tu mak pun datang ambik aku. Aku pun start kemas2 barang untuk balik. Tapi aku tak terus balik. Aku ngn mak dok kat Hotel Seri Malaysia Kepala Batas dulu. Saje nak melawat Nazeera. Die kan SPM. Bagi sokongan la kat die. Hehe. Tapi tak lame pun. Sabtu petang tu aku pun balik rumah. Malam pulak aku pegi rumah mak yang. Doa selamat tak silap aku. Alif (sepupu aku) bertunang. Pukul 11 balik rumah. Hari Ahad, aku ikut mak pegi office. Office mak aku bukak sebab tarikh cantik mesti bukak. So, mak aku pun kene la datang. Then, sebelum balik gi rumah tok jap. Lepas tu balik rumah. Ayah pun balik rumah. Lepas tu semua cam biase balik la. Huhu. Panjangnye aku tulis hari ni. Cerite selama 2 minggu kot. Penat menaip. Haha. Ok la. Dah habis cerite da. Take care. Bye2. :)