Sunday, December 18, 2011
Lake Garden High School .
Kenape aku ade dekat sini ek? Jawapannye bukan sebab aku yang nak, tapi lebih kepade paksaan ibu bapa dan keluarge. 28 Februari 2011 (Isnin).. Bermule la persekolahan aku kat sini. Yes, berat hati. Tapi tak boleh nak buat ape2 dah. First2 kat sane, tension gile nak mati. Tapi aku cube jugak. 2 bulan dekat sane, keadaan semakin stabil. Walaupun masih rase tertekan. 3 bulan dekat sane, timbul macam2 masalah. Rase nak pindah gile2. Memang tak boleh nak belajar sampai peperiksaan pertengahan tahun aku dapat 1A 7C. Pencapaian paling teruk dalam hidup aku. Yes, lepas tu memang aku rase nak pindah. Macam mane pun, aku tetap nak pindah! But, disebabkan paksaan, aku terpakse meneruskan pembelajaran kat sini. Aku pergi sekolah, tapi rase macam tak belajar ape2. Korang paham perasaan aku kan? Tiap2 hari aku call mak kate nak pindah. Tapi semue bergantung dekat ayah. Penat tunggu untuk persetujuan pindah daripade ayah, aku pun putus asa. Takde harapan untuk aku pindah. So, aku cube untuk terime keadaan. Aku dah tak kisah ape nak jadi dekat aku. Aku cube untuk tumpukan perhatian mase belajar. study hard. Boleh la, result meningkat. Time peperiksaan akhir tahun, aku dapat 3A 4B 1C. Teruk jugak la sebab ade C. Next year, aku dapat kelas 2 Razi. Kelas kedue. Ok la jugak sebab memang aku nak kelas Razi. Then, aku dapat jadi pengawas pusat sumber. Aku memang dah rase aku boleh dapat sebab cikgu banyak pilih bekas pengawas PSS. Bukan aku nak berlagak okay. Tapi, sape yang tipu kate die bekas pengawas PSS pun peluang memang cerah nak dapat jawatan ni. Tapi sejak akhir2 ni, timbul pulak masalah yang berkaitan dengan kawan. Baru aku tau budak2 dekat sekolah ni ramai yang plastik n tak layak digelar sahabat. Aku pun mule rase benci dekat kawan aku sendiri. Bukan setakat benci, tengok muke die pun dah rase menyampah. Oh, ni la die personaliti pelajar sekolah ni. Dahsyat. Okay, ni la perjalanan aku sepanjang form 1 di LGHS a.k.a SMKTT. Best? Kalau jawapan yang tak jujur, "boleh la". Kalau jawapan yang jujur, semestinye "tak". Walaupun result aku meningkat n aku dapat jawatan, aku still tak boleh nak terime sekolah tu. Lagi 15 hari, aku akan balik kat sekolah tu sebagai form 2. Boleh korang bayangkan ape perasaan aku? Yes, aku akui sekolah ni memang nampak best gile. Tapi tu hanye luaran. Bile dah jadi student sekolah ni, baru korang tau macam mane sekolah ni sebenarnye. Aku pun dah tak boleh nak buat ape2. Mungkin dah takdir aku. Ramai yang kate zaman persekolahan best sangat. Tapi bagi aku, zaman persekolahan umpame sebuah penjara yang dikawal ketat n takkan dapat nak larikan diri. Sedih. Rase macam dah fobia dengan sekolah. Semue dah tak macam dulu. Ni la kehidupan aku. Tak tau la bile nak berakhir semue ni. Harap segale2nye akan berubah bermule tahun depan. Okay la. Cerite dah tamat. Bye :)